Alhamdulilah, shyukur kepada Allah yang telah memberikan rezeki dan nikmatnya.

Pada 19hb Oktober 2009 bersamaan dengan 30 shawwal 1430 , jam 1.15 pagi, menantu kami perempun Busera telah selamat melahirkan anak perempuan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleh, Brunei Darussalam dan telah di namakan Dyg Rania Yasmeen binti Hardy Sufardi. Mudah2an kelahiran anak ini akan membawa rezeki, rahmat dan kebahagian kepada keluarga mereka selamanya .Amin Ya Rabal Alamin.
Nenek perempuan menunggu kelahiran cucu yang ke-7 (cucu perempeuan yang ke 2)
Kelahiran Rani di Azankan dan di Qamatkan.
Lahir pada 19hb oktober 2009 bersamaan dengan 30 shawwal 1430, jam kira 1.15 pagi
di Hospital RIPAS. Brunei.
Rania Yasmeen
Ambil gambar keluarga bersama ayah, nenek lelaki, dan nenek perempuan sejam selepas di Azan dan Qamatkan
Didalam wad chempaka Hospital RIPAS selepas diAzankan dan Qamat
Neneknya menggambil kesempatn untok mencurahkan rasa kasih sayang kepada cucun yang baru lahir.
Ahli keluarga dan Aqib dan Basyiir.
Selepas seminggu aku masuk hospital lagi JPMC kerana kekuningan
Inshyallah semuanaya akan berakhir dengan selamat berkat doa dari kedua ibu/bapa dan keluargaku. Amin...
'"Semoga Allah memberkati kurnianNya, syukurilah atas pemberian ini, penuhilah keperluannya dan rezekikanlah masa hadapannya."
"Wahai Tuhan Kami! Berilah kepada kami dan isteri-isteri kami dan anak cucu kami pendingin mata dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa."
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah aku orang yang mendirikan Solat dan begitu juga anak cucuku. Wahai Tuhan kami! Terimalah doaku, Wahai Tuhan kami! Ampunilah akan daku dan dua ibu bapaku dan orang-orang yang beriman pada hari tegaknya hisab".